nuffnang ads

Isnin, 14 September 2015

KERABU MANGGA BERSANTAN



Bahan-bahan A: 
2 biji mangga - dihiris halus 
2 biji bwg merah -dihiris 
5 btg kacang panjang -dihiris halus 
3 biji limau kasturi -ambil jus 
1/2 btg lobak merah -dihiris 
2 biji tomato -dipotong dadu 
2 biji cili merah -dihiris halus 
5 biji cili padi -dihiris halus 
1/2 cawan pati santan 

Bahan-bahan B : 
5 biji cili padi 
2 biji cili merah 
sedikit belacan 

Bahan-bahan C :
garam 
gula 
bahan perasa (jika suka) 

CARA MEMBUAT : 
1- Tumbuk lumat bahan B. 
2- Masukkan bahan A ke dlm mangkuk (kecuali pati santan), kemudian 
masukkan pula bahan B dan C 
dgn dikacau rata. 
3- Kemudian masukkn pati santan dan kacau rata. 

**bagi yg mempunyai kolestrol tinggi,boleh kurangkan santan atau 
boleh dganti dgn evaporated milk** 

##kurangkan jumlah cili jika tidak suka pedas##

Isnin, 26 Mei 2014

Senyum itu sedekah

Assalamualaikum..

Sedih? x happy? xpe, cuba senyum, best x rasa?





So, senyum senyum lah selalu. :)

Bahaya Teksi

Assalamualaikum semua (err,xtau ada org baca ke x)

haa, knp la tetiba sis upload entry pasal teksi ye? Smmlm, selepas Maghrib, ada kawan sis yang kerja kat sebuah kedai serbaneka telah dirompak oleh driver teksi.. ye betul, diulangi, DIROMPAK oleh driver teksi berbangsa india.


Kisah nya terjadi apabila Sue (bkn nama sebenar) nak balik dr kerja pd ptg smlm. Dia dh lewat utk appoinment ngan doc, so wlupn rumah cuma kat Pantai Dalam (10 minit dr kl sentral), dia terpaksa naik teksi sbb nk cepat. Pd mulanya, driver teksi tu ramah dgn Sue, tanya asal mana, kerja apa dsb tp dek kerana leka berbual, Sue x perasan yang driver tu dah melencong hala ke Cheras dan memasuki lorong sunyi. Bila Sue perasan driver tersebut pura2 marah kononnya Sue asalnya mtk ke Cheras, bkn Pantai Dalam dan menuntut ganti rugi. Sue yg ketakutan, bersetuju membayar rm50 untuk patah balik ke KL Sentral namun driver tu x layan. Pastu Sue naikkn bayaran sehingga 200 then driver tu. Melihatkan Sue takut dan mudah terpujuk, driver berkenaan sudi menghantarkan Sue ke Kl Sentral dan meminta Sue memberikan rm300 kepadanya sebelum merampas telefon bimbit dan barang kemas Sue sebelum melarikan diri.
Ingatlah kepada wanita di luar sana, jgn menaiki teksi berseorangan. Jika teksi tersebut lalu di kawasan tang anda tidak mahir jalannya, paksa driver suruh ikut laluan yang anda tahu dan biasa un tuk mengelakkan kejadian x diingni terjadi.

Ahad, 25 Mei 2014

Sopan itu indah

Assalamualaikum..

Haa, entry kali ni nak cakap pasal sopan santun lak..kikiki.. Memang isu ni dah lapuk tapi isu ni agak penting la dalam kehidupan seharian kan. Saje gatal tangan nak update pasal sopan santun ni sebab sis ni panas baran orangnya, huhuhuhu..



Tahukah anda bahawa sopan santun adalah salah satu ciri2 orang berilmu? Haa, dulu masa kecik2 mak abah slalu marah kan kalau kita mula cakap kasar2, betul x?



Contoh paling asas yang biasa di amalkan ialah bila kita nak lalu di depan tetamu atau di depan orang yang lebih tua, kita di suruh membongkokkan sedikit kehadapan (mcm nk rukuk) sambil tgn kanan diluruskan dan berkata, "tumpang lalu ye", betul x? Begitu juga jika kita menerima tetamu dirumah, kita disuruh senyum dan menjemput tetamu masuk dengan lembut dan tidak meninggi kan suara di hadapan tetamu atau orang yang lebih tua.



Orang kata, attitude changes everything, betul ke? Jawapannya ialah betul. Hampir semua orang akan bersetuju dgn pendapat di atas. Katakan ada org dtg nak mtk tlg dr kita, klu dia mtk tlg dgn lemah lembut dan sopan berkemungkinan besar kita akann tolong dia tapi jika dia menggunakan bahasa yang kasar? nak ke kita tlg? Tentula xnk kn? Dalam kehidupan org Melayu, kita mmg biasa dibesarkan dalam suasana yang sopan santun, bertatasusila atau dalam bahasa mudahnya ialah adat.b Hurm, klu x fhm, buat2 paham je dh la ye..kikikiki