nuffnang ads

Isnin, 14 September 2015

SPAGETTI UDANG



Bahan bahan 
1 paket spagetti -rebus
5 ekor udang besar 
6 tangkai cili kering -kisar 
1 labu bawang besar - potong bulat
1 lada benggala a.k.a capsicum hijau 
1 lada benggala merah
3 ulas bawang putih 
3 sudu sos tomato
sedikit daun pasli 
150gm kubis hijau 
1/2 biji lobak merah
6 sudu besar marjerin 
8 biji tomato ceri
garam secukup rasa 

cara memasak 

1- Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, udang, cili kisar dan sos 
tomato.
2- Masukkan tomato ceri, lada benggala hijau dan merah, lobak merah dan sayuran lain. 
3- Akhir sekali masukkan spagetti dan garam... gaul rata.. setelah masak, angkat dan hidangkan 
dengan taburan daun pasli..

p/s: anda boleh masukkan apa sahaja sayuran yg anda suka..

KERABU MANGGA BERSANTAN



Bahan-bahan A: 
2 biji mangga - dihiris halus 
2 biji bwg merah -dihiris 
5 btg kacang panjang -dihiris halus 
3 biji limau kasturi -ambil jus 
1/2 btg lobak merah -dihiris 
2 biji tomato -dipotong dadu 
2 biji cili merah -dihiris halus 
5 biji cili padi -dihiris halus 
1/2 cawan pati santan 

Bahan-bahan B : 
5 biji cili padi 
2 biji cili merah 
sedikit belacan 

Bahan-bahan C :
garam 
gula 
bahan perasa (jika suka) 

CARA MEMBUAT : 
1- Tumbuk lumat bahan B. 
2- Masukkan bahan A ke dlm mangkuk (kecuali pati santan), kemudian 
masukkan pula bahan B dan C 
dgn dikacau rata. 
3- Kemudian masukkn pati santan dan kacau rata. 

**bagi yg mempunyai kolestrol tinggi,boleh kurangkan santan atau 
boleh dganti dgn evaporated milk** 

##kurangkan jumlah cili jika tidak suka pedas##

Isnin, 26 Mei 2014

Senyum itu sedekah

Assalamualaikum..

Sedih? x happy? xpe, cuba senyum, best x rasa?





So, senyum senyum lah selalu. :)

Bahaya Teksi

Assalamualaikum semua (err,xtau ada org baca ke x)

haa, knp la tetiba sis upload entry pasal teksi ye? Smmlm, selepas Maghrib, ada kawan sis yang kerja kat sebuah kedai serbaneka telah dirompak oleh driver teksi.. ye betul, diulangi, DIROMPAK oleh driver teksi berbangsa india.


Kisah nya terjadi apabila Sue (bkn nama sebenar) nak balik dr kerja pd ptg smlm. Dia dh lewat utk appoinment ngan doc, so wlupn rumah cuma kat Pantai Dalam (10 minit dr kl sentral), dia terpaksa naik teksi sbb nk cepat. Pd mulanya, driver teksi tu ramah dgn Sue, tanya asal mana, kerja apa dsb tp dek kerana leka berbual, Sue x perasan yang driver tu dah melencong hala ke Cheras dan memasuki lorong sunyi. Bila Sue perasan driver tersebut pura2 marah kononnya Sue asalnya mtk ke Cheras, bkn Pantai Dalam dan menuntut ganti rugi. Sue yg ketakutan, bersetuju membayar rm50 untuk patah balik ke KL Sentral namun driver tu x layan. Pastu Sue naikkn bayaran sehingga 200 then driver tu. Melihatkan Sue takut dan mudah terpujuk, driver berkenaan sudi menghantarkan Sue ke Kl Sentral dan meminta Sue memberikan rm300 kepadanya sebelum merampas telefon bimbit dan barang kemas Sue sebelum melarikan diri.
Ingatlah kepada wanita di luar sana, jgn menaiki teksi berseorangan. Jika teksi tersebut lalu di kawasan tang anda tidak mahir jalannya, paksa driver suruh ikut laluan yang anda tahu dan biasa un tuk mengelakkan kejadian x diingni terjadi.