nuffnang ads

Selasa, 25 Disember 2012

TAK BLH UCAP SELAMAT KPD PERAYAAN AGAMA LAIN?


Assalamualaikum..hmm baru-baru ini ada tersebar dalam laman sosial facebook mengenai sebuah hadis larangan mengucapkan selamat kepada perayaan agama lain. Ini bermakna nk ucap selamat tahun baru cina pn tidak dibenarkan, apatah lagi Merry Christmas,Deepavali, Gawai, dan sebagainya.
Untuk makluman, didapati hadis tersebut yang dikatakan Riwayat Bukhari&Muslim itu sebenarnya adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Hal ini kerana petikan hadis tersebut tidak terdapat dalam mana2 kitab Riwayat Bukhari & Muslim.
Apakah kita tidak terfikirkan perkara ini? Jika anak beragama Islam yakni mualaf, manakala ibu bapanya beragama hindu atau buddha, bukankah Islam tidak melarang anak menyambut perayaan tersebut bersama ibu bapa mereka dan menziarahi sanak saudara mereka walaupun berlainan agama?
Oleh itu jangan lah kita mempercayai ustaz wikipedia a/l google cucu facebook kerana hanya kitab yang sahih sahaja yang boleh dipercayai.
Adalah molek jika kita bertanyakan kepada yang mursyid dalam hadis sebelum menyebarkan.. takut2 apa yang disebarkan itu tidak benar, bukankah menganiayai diri namanya?

HADIS PALSU ITU IALAH:
Nabi saw bersabda

"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

Hati hati dengan hadith diatas. Ia palsu !! Tak pernah jumpa pun dalam riwayat bukhari muslim. 1 pendustaan ke atas nabi. Kalau kita bukan dalam bidang hadith tolong jangan suka suka sebarkan tanpa rujukan kitab,ustaz, alim ulamak !!

Sabda nabi S.A.W

“Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku maka dia telah menempah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari– no: 1291 dan aMuslim – no:4]
>


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca jer? Komen la sikit.