nuffnang ads

Selasa, 3 November 2020

 Hai korang. 


Dah lunch ke tu? Dalam kesibukan membuat persiapan perkahwinan, kaklong masih lagi tercari-cari design dress jubah yang berkenan di hati. Syukur sangat-sangat kerana bakal adik ipar kaklong mahir menjahit. Beruntung adik kaklong dapat bakal isteri yang bukan sahaja bijak ( ada PHD tau ) malah pandai masak dan menjahit juga.


Sambil-sambil duk belek dan kaji design dulang hantaran dan baju nikah, sempat juga kaklong siapkan mengait dua buah beg tangan. Lebih tepatnya satu hobo bag, satu lagi sling bag. Bukan untuk jual pun. Saja cuba cuba buat untuk pakai sendiri. Kaklong memang suka cuba kemahiran baru. Bila dah pandai sesuatu kemahiran tu, kaklong akan cuba kemahiran lain pula sampai pandai. 


Sekarang, selain mengait, kaklong juga sedang belajar membuat sulaman tangan dan menjahit baju. Dulu pernah belajar menjahit ni tapi dek kerana dah lama tak praktis, lupa habis dah semuanya. Sekarang kak long banyakkan membaca sambil cuba recall balik pelajaran dulu. Dan join kelas jahitan online juga. Maklumlah time PKPD di JB sekarang ni memang tak berani nak keluar bersosial. Buat aktiviti di rumah je la nampaknya. Lebih selamat.


Haa oklah ya. Setakat ni dulu nak bebel kat sini. Kaklong nak siap-siap masuk kerja ni. Dah jam 2.30 petang dah. Kaklong start shift jam 3 petang.  Mujur tempat kerja sepelaung je. 2 minit jalan kaki dah sampai. Jimat minyak kereta 🤣🤣🤣


Babai korang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca jer? Komen la sikit.