nuffnang ads

Selasa, 15 Jun 2021

Anxiety and me

 Bila lama-lama terperap dirumah tanpa apa-apa aktiviti luar, tepu otak.


Akibatnya benda kecil pun akan jadi trigger. Kadang - kadang tengah elok menonton tv, tiba-tiba akan trigger dan mula nak marah atau risau yang melampau. Boleh jadi tiba-tiba mengamuk tak tentu punca. 


Sukar nak kawal benda ni. Otak ni pulak memang tak reti berehat. 24 jam asyik nak overthinking. Bila baca sesuatu berita atau cerita, auto akan kaitkan dengan diri sendiri. 


What if it happen to me? 

What if I am the one who died?

What if I am the one who got crushed by that truck?

What if the lightning suddenly struck me?


Waktu hujan renyai pun boleh terfikir "macam mana kalau kilat tetiba sambar aku? Macam mana kalau mati kena kilat? I'm not ready to die yet." 


Then mengundang ketakutan yang melampau, cepat-cepat buat-buat nak g toilet la. Kenapa? Sebab toilet kecil yet terang dengan lampu. The only space that I can control and nobody will suddenly ketuk pintu and ask, can I come in?


If nak menangis and can't control, kita mandi je la. Bunyi shower tu akan hilangkan bunyi tangisan. Mandi selama mana pun takde sapa akan persoalkan sebab dari dulu memang kaklong jenis mandi lama.


Covid, please go away. 

Allah please help me. 

Put this anxiety and the c-19 virus away.


P/s: smiles up lets embrace ourself

Resepi Mongolian Beef

 Mongolian Beef untuk anak-anak.


Ini adalah antara menu daging yang anak-anak suka. Asyik daging kicap jer kan, boring jugak. So kita buat lain sikit. Pasti depa suka menu ni sebab takde bau daging. Dan paling best dia rangup diluar dan 


Hari ni kaklong nak kongsikan satu resepi yang kaklong dapat dari seorang penulis terkenal iaitu Khairul Abdullah #superdaddy


Bahan-bahan diperlukan:


500gm daging, dihiris nipis lawan urat dan toskan biar kering.

3-4 sudu besar tepung jagung.

3 ulas bawang putih dihiris nipis.

1 inci halia dihiris nipis.

3 sudu sos tiram

1 sudu kicap

3 sudu minyak bijan/minyak masak untuk menumis

1 sudu besar gula

Sedikit brokoli - jika mahu

Sedikit daung bawang - jika mahu


Cara membuat:


1. Daging tadi gaulkan dengan tepung jagung dan biar rata dan sebati semuanya dan perap seketika. 15-20 minit just nice. Tepung jagung digunakan untuk melembutkan dan merangupkan daging. Ini adalah teknik masakan cina yang dipanggil "Velveting" bagi melembutkan, rangup dan bagi glossy efek pada daging.


2. Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng daging tadi. Jangan lama, dalam 3 minit memadai. Dia akan garing dan rangup kat luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.


3. Buang minyak tadi dan masukkan minyak bijan (kalau takde guna balik minyak goreng tadi dan tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan gula lalu tambah air sedikit (dalam 3 sudu macam tu). Kacau sampai kuah memekat.


4. Dah nampak pekat tu terus masukkan daging yang digoreng tadi bersama brokoli atau daun bawang atau hirisan bawang besar dan kacau sebati dan terus tutup api.

Resepi daging masak mongolia. Dagingnya rangup diluar dan lembut di dalam. Sangat sedap dan tidak pedas langsung. Sesuai untuk hidangan anak-anak.

Anda juga boleh olah dengan menambahkan cili jika mahu sedikit pedas. Ada kaklong tuliskan di bawah cara-cara mahu pedaskan resepi ini. 

Selamat mencuba!


Siappp.


Hidangkanlah dengan taburan bijan jika anak-anak suka. Kalau tak kau jangan letak, nanti depa kecewa. Untuk kau sendiri boleh letak bijan, chilli flakes atau potong cili padi dan taburkanlah semahunya.


Kalau buat untuk diri sendiri, lepas tumis bawang dan halia tu boleh masukkan chilli flakes dalam 1-2 sudu kemudian baru masukkan sos tiram dan sebagainya. Baru pedas dia terasa elok.


So cubalah.


Selasa, 3 November 2020

 Hai korang. 


Dah lunch ke tu? Dalam kesibukan membuat persiapan perkahwinan, kaklong masih lagi tercari-cari design dress jubah yang berkenan di hati. Syukur sangat-sangat kerana bakal adik ipar kaklong mahir menjahit. Beruntung adik kaklong dapat bakal isteri yang bukan sahaja bijak ( ada PHD tau ) malah pandai masak dan menjahit juga.


Sambil-sambil duk belek dan kaji design dulang hantaran dan baju nikah, sempat juga kaklong siapkan mengait dua buah beg tangan. Lebih tepatnya satu hobo bag, satu lagi sling bag. Bukan untuk jual pun. Saja cuba cuba buat untuk pakai sendiri. Kaklong memang suka cuba kemahiran baru. Bila dah pandai sesuatu kemahiran tu, kaklong akan cuba kemahiran lain pula sampai pandai. 


Sekarang, selain mengait, kaklong juga sedang belajar membuat sulaman tangan dan menjahit baju. Dulu pernah belajar menjahit ni tapi dek kerana dah lama tak praktis, lupa habis dah semuanya. Sekarang kak long banyakkan membaca sambil cuba recall balik pelajaran dulu. Dan join kelas jahitan online juga. Maklumlah time PKPD di JB sekarang ni memang tak berani nak keluar bersosial. Buat aktiviti di rumah je la nampaknya. Lebih selamat.


Haa oklah ya. Setakat ni dulu nak bebel kat sini. Kaklong nak siap-siap masuk kerja ni. Dah jam 2.30 petang dah. Kaklong start shift jam 3 petang.  Mujur tempat kerja sepelaung je. 2 minit jalan kaki dah sampai. Jimat minyak kereta 🤣🤣🤣


Babai korang

Selasa, 3 Mac 2020

Assalamualaikum

Hai korang. Lama betul kaklong tak menulis di blog ni. Dah bersawang sangat dah blog ni. Last kaklong nampak jejak ditinggalkan ialah pada tahun 2016. Sekarang dah tahun 2020 deknon oiii.

Dalam 4 tahun kebelakangan ni, banyak perkara yang berlaku. Tahun 2016 adalah tahun paling sedih di mana kaklong kehilangan arwah abah 4 hari sebelum birthday kaklong.  7hb ogos 2016 abah pergi meninggalkan kami dengan mengejut.

Tahun 2017 pula adalah tahun di mana kaklong terpaksa tutup bisnes pasaraya kaklong di bentong. Kaklong balik kampung dan mula berniaga pasar malam dengan menjual baju bundle baby. Sambil tu kaklong buat bisnes online namun kena caras dengan stokis.

Tahun 2018 kaklong mula makan gaji semula tapi ketika itu masih di kampung. Dan kaklong start berhijrah pada tahun 2019 ke Johor Bahru untuk kerja dengan gaji yang lebih lumayan.

Kaklong bukan orang yang reti menulis. Namun kaklong cuba untuk asah bakat menulis untk ekspresikan diri sendiri. Nak bercerita dengan kawan2 pn kaklong tak reti. So belajar menulis utk throw and spill aje.

So this is latest post after those sad and gloomy years had past over. Lets start new year with happiness and joy. May Allah bless.


Love,
Kaklong ❤