nuffnang ads

Khamis, 7 Mei 2026

 Korang, kak long ni dah beberapa tahun dah berazam nak selalu update social media tau tapi selalu gagal. Tengok lah blog ni, bertahun-tahun terbiar je tak update. 


Bukan  sengaja tau tapi kadang tu terlupa. Facebook pun jarang update. Instagram pun sama. Sedih tau. 

Cemana ek korang boleh konsisten update social media? Set jadual ke? Atau ada alarm? Reminder? 

Cer bagi cadangan sikit. Boleh kak long praktis. Mana tau berkat saring korang, kak long jadi kinsisten buat kontena dan update blog. 


Tq korang.

Selasa, 5 Mei 2026

 Assalamualaikum semua. 


Saja acah-acah mcm ada orang baca. hahaha. 

Lama sungguh tak update blog. Bersawang sakan dah blog ni.

La ni kaklong dah tak niaga popia sira lagi. Tak tahan dugaan bila diuji dengan benda halus ni. Jadi kaklong ambil keputusan berundur sementar waktu sambil memberi peluang diri untuk sembuh.

Alhamdulilah bila berhenti niaga ni, kesihatan pun makin baik. Hidup pun makin tenang, bahagia dan teratur.

Cuma tu lah, lain bidang pekerjaannya, lain pula cabarannya. Yan paling mencabar ialah nak handle org. Terutama indon sorg kat tempat keje ni. Melampau betul dia. dengan tak tahu malunya, tak reti bersyukurnya, eee geram lah. Dah la bil bercakap tu asyik memaki hamun je. Tak suka betullah perangai x semenggah begitu. Rimas.

Tu belum kira dia menggeletis dengan suami orang lagi. gila lahh!!

Rabu, 24 Januari 2024

Geraham Bongsu Oh Geraham Bongsu!!

 Hai korang. Apa khabar? Lama kaklong tak update blog ni kan? Asyik terbiar bersawang aje. Almaklumlah kaklong sedikit sibuk menguruskan hal rumahtangga dan urusan kerja sehari-hari.

Kalini kaklong nak cerita tentang pengalaman kaklong cabut gigi. Sehingga semalam (23 jan 2024), dah 8x kaklong cuba nak cabut gigi geraham bongsu kaklong ni sebenarnya. Namun kesemua percubaan tersebut gagal disebabkan bacaan BP kaklong tak memberikan kerjasama. Kat rumah elok je BP 124/88, akan tetapi setibanya diklinik, bacaan bertukar menjadi 160/102, pulse rate 87.

Gigi geraham bongsu kaklong ni dah sakit sejak last year Nov lagi tapi dia on off. Dan sejak tu kaklong aturkan temujanji dengan klinik gigi untuk cabut gigi geraham bongsu ni. Namun disebabkan bacaan BP taknak bagi kerjasama, percubaan kaklong untuk cabut gigi seringkali gagal. 

Mesti korang pelik kan, nape bacaan BP sangat mempengaruhi keputusan doktor untuk cabut gigi kaklong? Sebab kaklong ada darah tinggi, kencing manis dan juga kaklong makan ubat cair darah. Ubat cair darah tu kaklong makan sebab doktor suspek kaklong ada unstable angina. 31 jan 2024 nanti kaklong akan berjumpa pakar kardiologi di HSA untuk review result Myocardial Perfussion SPECT Scan yang kaklong buat Oct last year. Then baru boleh confirm samada memang unstable angina atau dah sembuh, samada terus makan ubat atau boleh stop.

Berbalik kepada cerita cabut gigi ni, pagi tadi kaklong nekad nak cuba sekali lagi untuk cabut. Jadinya kaklong ambil cuti hari ni dan bergerak ke klinik jam 7pagi. Sampai diklinik, dah ada beberapa patient yang menunggu. Kaklong dapat giliran yang ke-16. 

Bila dah ambil bacaan BP, alhamdulillah hari ni bacaan BP sangat memberikan kerjasama. sedikit tinggi tapi masih manageable kata doktor tadi. 137/93 pulse rate 82, not bad la dengan gemuruh bagai tu kan. 

Dan bila dah masuk ke bilik rawatan, ada sedikit drama ketika mana doktor nak cucuk ubat bius. Kaklong jadi teragak-agak sebab risau tertepis jarum. Takut sakit sebenarnya. Tapi doktor tu pandai pujuk, ajak bercakap, then its going smoothly sampi la ketika nak cabut di mana 3 botol ubat bius dicucuknya sebab kaklong masih sakit bila doktor nak cabut. Kebetulan ketika tu ada doktor pakar datang buat rondaan, maka doktor pakar tersebut turut membantu doktor kaklong untuk cabut gigi kaklong.

Nyaris kaklong kena operate sebab rupanya gigi geraham tu tumbuh menyerong dan akarnya tu terkena nerve menyebabkan ia sangat sakit ketika nak dicabut biarpun dah cucuk bius sampai 3 botol. Doktor pakar tu risau sebab ubat bius dah banyak, risau jantung laju. Dan betul, jantung sedikit laju tapi masih terkawal. Doktor kata nak buat last try sebelum hantar kaklong untuk x-ray. Dan ternyata masih sakit bila doktor cabut tapi kaklong suruh doktor teruskan sebab taknak kena operate. 

Dan akhirnya setelah beberapa kali percubaan, gigi geraham bongsu tu berjaya dicabut dan kaklong terselamat dari kena operate. Alhamdulillah. Bila doktor tunjuk rupa gigi yang dicabut tu, kemain panjang ek akarnya. akar tunjang tapi panjang dan menyerong. Alhamdulillah berjaya cabut.

Next ada dua batang gigi lagi menanti untuk dicabut. Kalini sebelah atas pula. Kebarangkalian untuk berulangnya episod cucuk ubat bius banyak kali macam tadi tu masih ada namun lets hope for the best bak kata doktor tadi. 

Kesian pula dekat doktor yang lagi sorang tu,biru lebam tangan dia kaklong genggam asbab menahan sakit gigi dicabut tadi. Dah la dia mengandung rupanya. Ni semua masa dikaunter bayaran baru terbongkar sape yg datang tolong cabut dan sape yang mengandung tu. Nurse kat kaunter bayaran yang buka cerita. Dia happy sebab akhirnya kaklong berjaya cabut gigi setelah sekian kalinya berulang-alik ke klinik.

Tamatlah sudah cerita cabut gigi kaklong kalini. Semoga kita bertemu lagi di kesempatan lainnya dengan cerita yang lain pula. Have a good day dan May Allah Bless. 

Sabtu, 12 Ogos 2023

Get well soon, kaklong!!

 Hari ni hari ketiga kaklong muntah-muntah. Tak p klinik pun sebab masih boleh manage sendiri. Kaklong tak pasti kenapa kaklong muntah-muntah dan cirit-cirit. Salah makan kot.

Maka hari ni hari kedua kaklong cuti niaga. Tak buat popia sira dan tak hantar ke mana-mana vendor/gerai/restoran atau cafe. Semua cuti.

Banglong pulak dia punya berletiaqqq, geram rasa. Banglong tu bukan apa, dia kalau risau, memang auto mulut dia berletiaq tak berhenti. Cuba la turn dia yg sakit, haa kita hat ajak dia p klinik ni pulak yg salah. Kalau kita sakit kaaa, kalut la nak bawak p klinik. Kena tang dia, senyap seribu bahasa. Kita ajak, kita pulak yg kena.

Hari ni walaupun cuti niaga sbb tak sihat, tetaplah mata ni terjaga jam 1.30minit pagi.Saja kan nak suruh mangkit awai. Hati ni duk membuak-buak nak buat kerja. 

Jomlah kita gunting cabai, kupas bawang, carrot dan sengkuang. Esok senang, just balut saja. Sambil tu rendam la ayam. Lebih tepat lg kaki ayam. Buat sup dan nasi ayam pn sedap jugak esok. Bubuq pn ok dah.

Oklah, takat ni ja dulu pagi ni. Sakit perut memulas-mulas ni. Jadi otak pun xleh nak berfungsi sgt. Babai.