nuffnang ads

Sabtu, 12 Ogos 2023

Get well soon, kaklong!!

 Hari ni hari ketiga kaklong muntah-muntah. Tak p klinik pun sebab masih boleh manage sendiri. Kaklong tak pasti kenapa kaklong muntah-muntah dan cirit-cirit. Salah makan kot.

Maka hari ni hari kedua kaklong cuti niaga. Tak buat popia sira dan tak hantar ke mana-mana vendor/gerai/restoran atau cafe. Semua cuti.

Banglong pulak dia punya berletiaqqq, geram rasa. Banglong tu bukan apa, dia kalau risau, memang auto mulut dia berletiaq tak berhenti. Cuba la turn dia yg sakit, haa kita hat ajak dia p klinik ni pulak yg salah. Kalau kita sakit kaaa, kalut la nak bawak p klinik. Kena tang dia, senyap seribu bahasa. Kita ajak, kita pulak yg kena.

Hari ni walaupun cuti niaga sbb tak sihat, tetaplah mata ni terjaga jam 1.30minit pagi.Saja kan nak suruh mangkit awai. Hati ni duk membuak-buak nak buat kerja. 

Jomlah kita gunting cabai, kupas bawang, carrot dan sengkuang. Esok senang, just balut saja. Sambil tu rendam la ayam. Lebih tepat lg kaki ayam. Buat sup dan nasi ayam pn sedap jugak esok. Bubuq pn ok dah.

Oklah, takat ni ja dulu pagi ni. Sakit perut memulas-mulas ni. Jadi otak pun xleh nak berfungsi sgt. Babai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca jer? Komen la sikit.