nuffnang ads

Selasa, 15 Jun 2021

Resepi Mongolian Beef

 Mongolian Beef untuk anak-anak.


Ini adalah antara menu daging yang anak-anak suka. Asyik daging kicap jer kan, boring jugak. So kita buat lain sikit. Pasti depa suka menu ni sebab takde bau daging. Dan paling best dia rangup diluar dan 


Hari ni kaklong nak kongsikan satu resepi yang kaklong dapat dari seorang penulis terkenal iaitu Khairul Abdullah #superdaddy


Bahan-bahan diperlukan:


500gm daging, dihiris nipis lawan urat dan toskan biar kering.

3-4 sudu besar tepung jagung.

3 ulas bawang putih dihiris nipis.

1 inci halia dihiris nipis.

3 sudu sos tiram

1 sudu kicap

3 sudu minyak bijan/minyak masak untuk menumis

1 sudu besar gula

Sedikit brokoli - jika mahu

Sedikit daung bawang - jika mahu


Cara membuat:


1. Daging tadi gaulkan dengan tepung jagung dan biar rata dan sebati semuanya dan perap seketika. 15-20 minit just nice. Tepung jagung digunakan untuk melembutkan dan merangupkan daging. Ini adalah teknik masakan cina yang dipanggil "Velveting" bagi melembutkan, rangup dan bagi glossy efek pada daging.


2. Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng daging tadi. Jangan lama, dalam 3 minit memadai. Dia akan garing dan rangup kat luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.


3. Buang minyak tadi dan masukkan minyak bijan (kalau takde guna balik minyak goreng tadi dan tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan gula lalu tambah air sedikit (dalam 3 sudu macam tu). Kacau sampai kuah memekat.


4. Dah nampak pekat tu terus masukkan daging yang digoreng tadi bersama brokoli atau daun bawang atau hirisan bawang besar dan kacau sebati dan terus tutup api.

Resepi daging masak mongolia. Dagingnya rangup diluar dan lembut di dalam. Sangat sedap dan tidak pedas langsung. Sesuai untuk hidangan anak-anak.

Anda juga boleh olah dengan menambahkan cili jika mahu sedikit pedas. Ada kaklong tuliskan di bawah cara-cara mahu pedaskan resepi ini. 

Selamat mencuba!


Siappp.


Hidangkanlah dengan taburan bijan jika anak-anak suka. Kalau tak kau jangan letak, nanti depa kecewa. Untuk kau sendiri boleh letak bijan, chilli flakes atau potong cili padi dan taburkanlah semahunya.


Kalau buat untuk diri sendiri, lepas tumis bawang dan halia tu boleh masukkan chilli flakes dalam 1-2 sudu kemudian baru masukkan sos tiram dan sebagainya. Baru pedas dia terasa elok.


So cubalah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca jer? Komen la sikit.