Bisnes popia sira sambal kaklong masih berjalan. Sapa2 duk di sekitar Johor Bahru ni, bleh la order. Kikiki.
Alhamdulillah. Kes dengan Ita dan Mas dah selesai. Kaklong pun dah stop hantar di kedai Mas. Rentetan itu, ada kes lain pula berkaitan dengan Mas iaitu main undi. Dan kaklong dah left group, dah block Mas dan dah lepas tangan dari terlibat dengan sebarang perkara berkaitan Mas.
Ita pula kaklong masih hantar di gerai dia setelah berkali-kali diminta. Dan kaklong naikkan harga sedikit mengikut harga semasa kerana kos naik.
Di samping itu, kaklong ada juga mendaoat order dari beberapa buah gerai, restoran dan cafe lain. Alhamdulillah. Syukur ni semua pemberian Allah.
Kaklong dah maafkan semua orang yang buat kaklong sakit hati, terluka dan sebagainya. Bukan kerana kaklong ni baik tapi kerana nak bebaskan fikiran dari belenggu masalah. Bila dah maafkan, dah tak perlu fikir lagi pasal kes tu. Kita move on.
Kali ji takdak apa sangat nak tulis. Blog ni pula kaklong guna untuk meluahkan saja. Kaklong pun tak pandai sangat menulis sebab lama dah tinggal bidang penulisan ni.
Kaklong cuba2 la nak tulis balik. Ok lah. Setakat ni saja update kali ni. Babai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Takkan baca jer? Komen la sikit.