nuffnang ads

Isnin, 27 Mac 2023

Kaklong berniaga

 Hai semua. Saja acah-acah say hai walaupun tau takde yang baca. Hahaha.


Sejak awal januari lepas, kaklong berniaga popia sira sambal.  Bermula sebagai salah satu cara untuk menyibukkan diri dan sebagai salah satu usaha untuk mengekang anxiety, kaklong hantar popia sira di 2 buah gerai sarapan tepi jalan dan sebuah restoran. Alhamdulillah, syukur jualan popia kaklong mendapat sambutan. Jarang-jarang tak habis.


Namun siapa sangka, semua tu bertahan hanya seketika? Dengan restoran tu takde masalah. Cuma pemilik bagitau bukan puasa dorang tutup. Pas raya baru dia minta sambung hantar. Its ok.


Tapi yang 2 buah gerai lagi tu buat masalah pula. Gerai Mas (bukan nama sebenar) dan gerai Ita (bukan nama sebenar). Mas dia suka tekan harga. Permulaan dikatakan dorg ambil dalal (komisen) 50sen bg setiap pek. Tapi rupanya itu hanya lah kata-kata manis sahaja. 


Kaklong tak kisah berapa harga dorang jual asalkan jualan habis, bagi kaklong dah cukup dah. Namun Mas ni dia masih tak berpuas hati. Wahh, dari 50sen 1 pcs dia nak minta kurang jd 40sen 1 pcs dengan alasan barang murah. Dan dia tolong cari market. 


Kaklong dah rasa geram dah. Order 50pcs, nakkan harga 40sen/pcs tapi nak inti byk, nak hiasa meriah. Memula kaklong cuba bertolak ansur. Kaklong kata 100pcs ke atas baru kaklong blh bg 40sen/pcs kalau bawah 100pcs tak boleh. Ehh, dia call kaklong, di hamuknya kaklong kaw kaw.


1pkt tu ada 5pcs, kosnya ialah rm2.10 tau. Dia mintak kaklong tolak kat dia harga rm2.50. Katanya nak jual rm3. Tapi tu semua menipu. Dia jual rm3.50/pkt. Kaklong geram sebab dia menipu. Kaklong serap kos kemain byk tapi senang2 je dia menindas. Pastu nak paksa kaklong tolak 1pkt rm2 dan dia masih jual 1pkt rm3.50.


Bila kaklong tak setuju, dia ugut tak bagi kaklong hantar kat tapak dia. Siap remove kaklong dr group group dia semua. Kaklong nekad takmau bagi harga yang dia mintak. Sebab tak balik modal. 


Ita pulak dia akan ikut 100% apa yang mas buat macam lembu dicucuk hidung. Kalau mas suruh makan taik pun dia akan makan tanpa banyak soal. So bila mas dah buat mcm tu, ita pulak tanpa ckp apa2 terus remove kaklong dr group gerai dia. Kaklong ok je. Hilang beban. Cuma kaklong tak puas hati cara dia layan kaklong je 


Rupanya bukan kaklong je yang kena dgn dia. Ada lagi vendor lain dah terkena dengan mas ni. Cuma dalam kes kaklong, dia main harga tapi dalam kes vendor yang lain, dia terminate produk dorang dgn alasan customer banyak komplen dan dia sendiri buat produk tu sebagai ganti. Kejam kan? Memang perangai tak boleh tengok orang lebih, nak berdengki aje.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca jer? Komen la sikit.